Sunday, November 29, 2009

seluas pengalaman membina

Perjalanan merentasi masa yang agak panjang di sini sebenarnya meninggalkan kesan yang amat dalam diri. banyak pengalaman membina tidak kira yang positif atau negatif terpahat di nubari dan pastinya akan terbuku sepanjang zaman. baik dan buruknya akan membentuk satu nilai yang akan menjelma masanya.

tika bola di kaki

Ketika bola di kaki, pastinya pemegangnya sentiasa merancang kemana hala bola itu akan di tendang. Sesiapa sahaja boleh menerima bola tersebut ataupun di tendang terus ke pintu gol. Terkadang pemegang bola melakukan tendangan yang cantik agar memeriahkan penonton yang memerhati. Tetapi tiada sesiapa yang mampu mengawal bola itu dengan sepenuh jiwa. Mungkin masa berfikir yang agak panjang menyebabkan bola itu di ambil oleh pihak lawan atau tendangan yang ingin di buat menyasar ke tempat lain dari arah yang dituju. Seperti di padang Ktm hari ini, permainan yang ditonjolkan Jon amat mengagumkan. Bola di kaki berjaya di kawal dengan baik. Aku macam biasa. Budak baru belajar!!??. ketika bola dikaki tengok orang sekeliling dengan pantas.

Sunday, November 15, 2009

hujan dan harapan

petang tadi aku rasa amat gembira. sudah lama aku tidak bermain bola sepak. dapat juga bermain walaupun tidak ramai yang datang. apa-apa pun kengkawan aku ada. nizar, lan, muhaimin dan blur. dah lama tak main penat juga tapi semangat punya fasal aku main je. dalam hujan yang agak renyai-renyai main juga sampai azan maghrib lajak sikit. hujan dan harapan nak bermain menyemarak semangat bermain. harap boleh konsisten main bola masa cuti sekolah ni. esok nak setelkan sal sekolah lak. harap dapat buat dalam masa yang ditetapkan.

ikhtikaf perjalanan.

di mana aku untuk kamu
mencari denai harapan
melampias kenangan bertaut
yang membongkah cita dan cinta.

titik keramat kau noktahkan
sedang aku dalam perjalanan
menghunus senjata merangka kira-kira
mahu bersemadi bersama
dalam butir-butir perjuangan.

tersentak seluruh konflik dijiwa
menghempas amarah di kamar minda
semangat kental membudar
tiada lagi gerak bercita.

perjalanan ini ku tahu sudah terencana,
hanya masa menentu segalanya.
Tuhanku, ku sujud pada Mu di sejadah kesyukuran
atas rezekiMu.


buat Mohd Nizar bin Mohd Amir.
Zar nanti aku edit balik K.

Tuesday, November 3, 2009

bola baling kenangan 2009




tahun ni bola baling memang best walaupun tak masuk final. all player yan main dari awal dah mula nampak perkembangan. budak 15 dan 18 masing-masing dah ada perubahan. dari tak tau main dah makin pandai. itu yang lebih menarik daripada budak yang memang dah mula main dari sekolah rendah.