Sunday, September 13, 2009

sebuah perjuangan

Ramadhan yang menjelma dan pastinya akan meninggalkan kita buat sekaliannya. meski tahun demi tahun datang dan pergi ramadhan kali ini banyak meninggalkan kesan kepada aku. penuh cabaran dan ranjau.


amarah yang kekadang menebal. bisikan naluri yang meminta untuk aku kembali berkarya.
aaaah. tak pernah aku tergerak sejauh ini. permintaan yang terlalu tinggi untuk aku mula menulis kembali. sudah hampir lima tahun aku disini tak pernah aku dapat menyiapkan karya aku dengan sempurna. sudah berkali juga dihantar ke meja editor namun tiada pernah menerima sebarang jawapan. karya yang aku hantar terus sepi. mungkin tak bermutu.

ramadhan kali ini acapkali aku terfikir untuk melunaskan projek aku yang tergendala dah hampir 5 tahun. sebuah novel. aku dah mula menulis dari tahun 2000. aku tingkatan enam ketika tu. masa tu banyak sajak, cerpen dan lirik cinta aku buat. sampai la masuk universiti. sajak aku terbit kat majalah desasiswa indah. aku cipta sajak unutk kawan aku yang bercinta. dapat juga duit. sampailah Tunas Cipta telah menerbitkan karya aku yang pertama. sajak Pasir Salak. Mei 2005 kalau tak silap aku. sepanjang tempoh ini terdapat beberapa buah novel yang aku buat tapi tak tersiar. aku tak pernah hantar pun. pastinya mampukah aku menyahut seruan yang kian menebal dalam jiwa aku ni. novel satira purbakala.

keyakinan aku untuk bekarya terlalu ampuh sekarang ini. suasana yang melingkari perjalanan kehidupanku terlalu membuah bicara kosong. tangan kaku. minda membatu. bila ku petik kekunci huruf di komputer sering kali ia tertinggal jauh antara pergerakan dengan minda yang berfikir. aku terlalu ego menzalimi diri. tak patut aku berdiam sedang aku sering dipersalah.

Ya Allah ku mohon padaMu lancarkanlah segala yang terfikir di mindaku ini agar dapat ku menyiapkan segala kerja ku yang tertangguh. agar dapat ku sudahi karya yang telah terperap lama itu. Ya Allah, ku mohon padaMu berikanlah ruang-ruang untuk ku berfikir dan mengingati Mu agar dapat ku semat ke dalam karyaku keagunganMu.