Sunday, January 10, 2010

alam baru tahun baru

syukur ke hadrat Ilahi atas usia yang di panjangkan berlabuh lagi tahun baru yang membawa seribu makna buat diri. 2010 tahun baru alam baru yang memerlukan aku belajar dari bawah semula. moga pembelajaran ini menjadi pengalaman yang membawa seribu rahmat buat... . sejarah yang terlakar sudah menjadi sejarah dalam hidup moga aku takkan lupa dan menjadi peringatan supaya menjadi lebih tegas dan berdisiplin terhadap kerja. pengalaman yang tertanam sebelum ini adalah pengalam kecil yang akan mendewasakan aku. manusia kecil yang selalu dikecil. pelik atau tidak sepanjang 5 tahun ramai yang tidak kenal lagi aku.. mungkin nama aku pelik. apa pun kengkawan aku ucap terima kasih. aku mohon maaf sekiranya ada salah dan silap. mungkin terkasar bahasa dan perbuatan. aku mohon maaf... . ada rezeki kita jumpa lagi...

Sunday, November 29, 2009

seluas pengalaman membina

Perjalanan merentasi masa yang agak panjang di sini sebenarnya meninggalkan kesan yang amat dalam diri. banyak pengalaman membina tidak kira yang positif atau negatif terpahat di nubari dan pastinya akan terbuku sepanjang zaman. baik dan buruknya akan membentuk satu nilai yang akan menjelma masanya.

tika bola di kaki

Ketika bola di kaki, pastinya pemegangnya sentiasa merancang kemana hala bola itu akan di tendang. Sesiapa sahaja boleh menerima bola tersebut ataupun di tendang terus ke pintu gol. Terkadang pemegang bola melakukan tendangan yang cantik agar memeriahkan penonton yang memerhati. Tetapi tiada sesiapa yang mampu mengawal bola itu dengan sepenuh jiwa. Mungkin masa berfikir yang agak panjang menyebabkan bola itu di ambil oleh pihak lawan atau tendangan yang ingin di buat menyasar ke tempat lain dari arah yang dituju. Seperti di padang Ktm hari ini, permainan yang ditonjolkan Jon amat mengagumkan. Bola di kaki berjaya di kawal dengan baik. Aku macam biasa. Budak baru belajar!!??. ketika bola dikaki tengok orang sekeliling dengan pantas.

Sunday, November 15, 2009

hujan dan harapan

petang tadi aku rasa amat gembira. sudah lama aku tidak bermain bola sepak. dapat juga bermain walaupun tidak ramai yang datang. apa-apa pun kengkawan aku ada. nizar, lan, muhaimin dan blur. dah lama tak main penat juga tapi semangat punya fasal aku main je. dalam hujan yang agak renyai-renyai main juga sampai azan maghrib lajak sikit. hujan dan harapan nak bermain menyemarak semangat bermain. harap boleh konsisten main bola masa cuti sekolah ni. esok nak setelkan sal sekolah lak. harap dapat buat dalam masa yang ditetapkan.

ikhtikaf perjalanan.

di mana aku untuk kamu
mencari denai harapan
melampias kenangan bertaut
yang membongkah cita dan cinta.

titik keramat kau noktahkan
sedang aku dalam perjalanan
menghunus senjata merangka kira-kira
mahu bersemadi bersama
dalam butir-butir perjuangan.

tersentak seluruh konflik dijiwa
menghempas amarah di kamar minda
semangat kental membudar
tiada lagi gerak bercita.

perjalanan ini ku tahu sudah terencana,
hanya masa menentu segalanya.
Tuhanku, ku sujud pada Mu di sejadah kesyukuran
atas rezekiMu.


buat Mohd Nizar bin Mohd Amir.
Zar nanti aku edit balik K.

Tuesday, November 3, 2009

bola baling kenangan 2009




tahun ni bola baling memang best walaupun tak masuk final. all player yan main dari awal dah mula nampak perkembangan. budak 15 dan 18 masing-masing dah ada perubahan. dari tak tau main dah makin pandai. itu yang lebih menarik daripada budak yang memang dah mula main dari sekolah rendah.

Friday, October 30, 2009

peranan novel dalam kehidupan remaja.

sepanjang masa perjalanan novelis dalam menghasilkan novel pastinya mengharungi kehidupan yang amat bermakna untuk mencerna aura menawan buat anak-anak khalayak pembaca. segala citra kehidupan dipapar dalam usaha menjdikan semangat baru untuk pembaca menjadikan novel sebagai agen pengembangan diri membina.

bagi khalayak pembaca novel biasanya merupakan bahan atau medium yang penting untuk dijadikan sebagai hobi. hobi yang membina dan mampu mencambah diri ke ruang lingkup yang lebih besar. cabaran dalam kehidupan. melaui novel juga pembaca dapat mencambah minda dengan merekonstruksikan segala bahan bacaan dan di aplikasikan segala yang baik kepada perjalanan kehidupan mendatang. imaginasi yang terkesan akan membawa perubahan