Sunday, November 29, 2009
seluas pengalaman membina
Perjalanan merentasi masa yang agak panjang di sini sebenarnya meninggalkan kesan yang amat dalam diri. banyak pengalaman membina tidak kira yang positif atau negatif terpahat di nubari dan pastinya akan terbuku sepanjang zaman. baik dan buruknya akan membentuk satu nilai yang akan menjelma masanya.
tika bola di kaki
Ketika bola di kaki, pastinya pemegangnya sentiasa merancang kemana hala bola itu akan di tendang. Sesiapa sahaja boleh menerima bola tersebut ataupun di tendang terus ke pintu gol. Terkadang pemegang bola melakukan tendangan yang cantik agar memeriahkan penonton yang memerhati. Tetapi tiada sesiapa yang mampu mengawal bola itu dengan sepenuh jiwa. Mungkin masa berfikir yang agak panjang menyebabkan bola itu di ambil oleh pihak lawan atau tendangan yang ingin di buat menyasar ke tempat lain dari arah yang dituju. Seperti di padang Ktm hari ini, permainan yang ditonjolkan Jon amat mengagumkan. Bola di kaki berjaya di kawal dengan baik. Aku macam biasa. Budak baru belajar!!??. ketika bola dikaki tengok orang sekeliling dengan pantas.
Sunday, November 15, 2009
hujan dan harapan
petang tadi aku rasa amat gembira. sudah lama aku tidak bermain bola sepak. dapat juga bermain walaupun tidak ramai yang datang. apa-apa pun kengkawan aku ada. nizar, lan, muhaimin dan blur. dah lama tak main penat juga tapi semangat punya fasal aku main je. dalam hujan yang agak renyai-renyai main juga sampai azan maghrib lajak sikit. hujan dan harapan nak bermain menyemarak semangat bermain. harap boleh konsisten main bola masa cuti sekolah ni. esok nak setelkan sal sekolah lak. harap dapat buat dalam masa yang ditetapkan.
ikhtikaf perjalanan.
di mana aku untuk kamu
mencari denai harapan
melampias kenangan bertaut
yang membongkah cita dan cinta.
titik keramat kau noktahkan
sedang aku dalam perjalanan
menghunus senjata merangka kira-kira
mahu bersemadi bersama
dalam butir-butir perjuangan.
tersentak seluruh konflik dijiwa
menghempas amarah di kamar minda
semangat kental membudar
tiada lagi gerak bercita.
perjalanan ini ku tahu sudah terencana,
hanya masa menentu segalanya.
Tuhanku, ku sujud pada Mu di sejadah kesyukuran
atas rezekiMu.
buat Mohd Nizar bin Mohd Amir.
Zar nanti aku edit balik K.

Tuesday, November 3, 2009
bola baling kenangan 2009
Friday, October 30, 2009
peranan novel dalam kehidupan remaja.
sepanjang masa perjalanan novelis dalam menghasilkan novel pastinya mengharungi kehidupan yang amat bermakna untuk mencerna aura menawan buat anak-anak khalayak pembaca. segala citra kehidupan dipapar dalam usaha menjdikan semangat baru untuk pembaca menjadikan novel sebagai agen pengembangan diri membina.
bagi khalayak pembaca novel biasanya merupakan bahan atau medium yang penting untuk dijadikan sebagai hobi. hobi yang membina dan mampu mencambah diri ke ruang lingkup yang lebih besar. cabaran dalam kehidupan. melaui novel juga pembaca dapat mencambah minda dengan merekonstruksikan segala bahan bacaan dan di aplikasikan segala yang baik kepada perjalanan kehidupan mendatang. imaginasi yang terkesan akan membawa perubahan

Sunday, September 13, 2009
sebuah perjuangan
Ramadhan yang menjelma dan pastinya akan meninggalkan kita buat sekaliannya. meski tahun demi tahun datang dan pergi ramadhan kali ini banyak meninggalkan kesan kepada aku. penuh cabaran dan ranjau.
amarah yang kekadang menebal. bisikan naluri yang meminta untuk aku kembali berkarya.
aaaah. tak pernah aku tergerak sejauh ini. permintaan yang terlalu tinggi untuk aku mula menulis kembali. sudah hampir lima tahun aku disini tak pernah aku dapat menyiapkan karya aku dengan sempurna. sudah berkali juga dihantar ke meja editor namun tiada pernah menerima sebarang jawapan. karya yang aku hantar terus sepi. mungkin tak bermutu.
ramadhan kali ini acapkali aku terfikir untuk melunaskan projek aku yang tergendala dah hampir 5 tahun. sebuah novel. aku dah mula menulis dari tahun 2000. aku tingkatan enam ketika tu. masa tu banyak sajak, cerpen dan lirik cinta aku buat. sampai la masuk universiti. sajak aku terbit kat majalah desasiswa indah. aku cipta sajak unutk kawan aku yang bercinta. dapat juga duit. sampailah Tunas Cipta telah menerbitkan karya aku yang pertama. sajak Pasir Salak. Mei 2005 kalau tak silap aku. sepanjang tempoh ini terdapat beberapa buah novel yang aku buat tapi tak tersiar. aku tak pernah hantar pun. pastinya mampukah aku menyahut seruan yang kian menebal dalam jiwa aku ni. novel satira purbakala.
keyakinan aku untuk bekarya terlalu ampuh sekarang ini. suasana yang melingkari perjalanan kehidupanku terlalu membuah bicara kosong. tangan kaku. minda membatu. bila ku petik kekunci huruf di komputer sering kali ia tertinggal jauh antara pergerakan dengan minda yang berfikir. aku terlalu ego menzalimi diri. tak patut aku berdiam sedang aku sering dipersalah.
Ya Allah ku mohon padaMu lancarkanlah segala yang terfikir di mindaku ini agar dapat ku menyiapkan segala kerja ku yang tertangguh. agar dapat ku sudahi karya yang telah terperap lama itu. Ya Allah, ku mohon padaMu berikanlah ruang-ruang untuk ku berfikir dan mengingati Mu agar dapat ku semat ke dalam karyaku keagunganMu.

Monday, August 31, 2009
ramadhan oh ramadhan
perjalanan ramadhan tahun ini berjalan lancar dan serasa pantas. namun masa ini padang ktm di tutup. jadi tiada la cerita tentang bola dari nizar@mokhtar dahari
Thursday, August 20, 2009
kerja...kerja....kerja......
kerja kena ikhlas. jangan fikir soal ganjaran hari ini. fikirkan masa depan(akhirat). semuanya akan terbalas. kalau kerja tak ikhlas pendapatan tidak berkat. ingat pesan abg zahari. kita kena tenang jangan kelam kabut kalau orang lain naik pangkat. ini soal rezeki. mengajar anak-anak murid dengan ikhlas akan menjadikan hidup kita lebih tenang. otak pun akan lebih tenang dan dapat berfikir lebih tajam.
aura lembayung senja.
perlawanan persahabatan antara putra fc menentang kampung baru kluang telah menyaksikan keajaiban berulang. haslan telh menjaringkan gol dengan sepakan inswinger dari sepakan sudut. han ini telah menyebabkan nizar@moktar dahari terkedu dan cuba membuatnya setiap kali latihan. sepakan ini telah dinamakan aura lembayung senja.
persiapan sebelum permainan.(sekadar
hiasan)
Thursday, August 13, 2009
ceritera indah
kini dalam arus masa yang kian berkembang semakin ramai pelajar yang berminat membaca novel popular. mungkin novel-novel ini mempunyai keindahan tersendiri kepada perjalanan hidup yang mereka akan lalui. remaja kini lebih suka mencuba dan keinginan untuk merasai terlalu dalam sehingga terdapat pelajar yang terpengaruh dengan segala yang tergarap di dalam novel terbabit. sebenarnya novel ini adalah ceritera indah dan memberi pengajaran. kesan estetik dan didaktik jelas terpancar. namun terdapat yang menyalahgunakannya.
Monday, August 3, 2009
helang mengelopak sayap
semalam cerita mantap dari member-member main bola kat padang Ktm. moktar dahari@nizar telah membuat satu gerakan mantap yang dinamakan helang mengelopak sayap tahap ketiga. gerakan telah hampir menjaringkan gol buat team kesayangan ramai. namun gerakan tersebut hanya boleh dilihat oleh bebudak hostel yang sedang makan malam di dewan makan asrama.
Friday, July 24, 2009
bm modul3
para pelajar dan guru boleh tengok. modul belajar bahasa melayu. diusahakan oleh guru STK terutama Puan Norazira dan Puan Norhamydiana.
para pelajar dan guru boleh tengok. modul belajar bahasa melayu. diusahakan oleh guru STK terutama Puan Norazira dan Puan Norhamydiana.
mancing pakai googel n capal
pemakaian pakaian yang bersesuaian amat penting bagi setiap aktiviti yang ingin kita laksanakan. tetapi bagi yang sempoi dan simpel terpulangah kan. menurut jonparodi kita harus berpakaian kemas dan berkualiti.
lan punya cerita
kisah hari sabtu lan kena pergi briged komuniti. lan pergi bersama yazid n yunus. dalam cuaca yang agak kepanasan meredah kepayahan mencari rumah yang ingin ditujui. akhirnya bertemu juga dengan ibu bapa pelajar tersebut. banyak cerita yang telah dibincangkan demi kejayaan pelajar tersebut. inilah pengorbanan seorang guru yang bernama nor haslan. walaupun sedih geng-geng tak join tapi tugas tetap tugas.
CERITA BARU
hari ini ada banyak cerita baru yang akan menyebabkan manusia terasa panas. antaranya medan main tembak-tembak dengan anak-anaknya.
Permulaan Awal Salam

bismillah awal salam. permulaan yang memberangsangkan dalam proses mempelajari ilmu baru. buat bloggggggggggg.
gambar kenangan awal di asrama STK. dalam gambar. hamdan, tajul, gue, bayem, hensem teacher haslan n budak hostel paksyed n pretty teacher rj. zanariah.
bayak kenangan suka n duka masa bujang. tambahan pula dapat geng seniman::: tajul>
Subscribe to:
Comments (Atom)